Pada 11 Januari 2017 (Rabu), institusi ini telah mengadakan Perhimpunan Bulanan bertempat di Mini Stadium Sekolah Henry Gurney Telok Mas Melaka. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Melaka Maju Jaya dan Bakti Setia yang diiringi oleh Pasukan Pancaragam Jabatan Penjara Malaysia. Majlis ini telah disempurnakan oleh PKP Abd Rahman bin Taib, Pengarah SHG Telok Mas Melaka. Dalam Perhimpunan pagi ini, beliau turut membacakan Perutusan Yang Berbahagia Komisioner Jeneral Penjara sempena tahun baharu 2017.
""