| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Perhimpunan Bulanan Peringkat Negeri, Johor

Pada 9 Januari 2017 (Isnin)  bertempat di Dewan Serbaguna Penjara Simpang Renggam, Johor telah diadakan Perhimpunan Bulanan Peringkat Negeri Johor yang bermula pada pukul 7.30 pagi dan di sempurnakan oleh Pengarah Penjara Negeri, Johor KP Haji Abdul Wahab Bin Haji Kassim. Aturcara diteruskan dengan Nyanyian Lagu Bangsa Johor, Negaraku, Bakti Setia, Bacaan Ikrar Jabatan dan Bacaan Doa. Majlis di teruskan   lagi dengan pemakaian pangkat  jawatan  Inspektor Penjara yang telah disahkan dalam jawatan dan Pegawai Contoh Bulanan yang di sempurnakan oleh Pengarah Penjara Negeri, Johor. Pengarah Penjara Negeri juga telah membacakan perutusan Komisioner Jeneral Penjara sempena tahun baru 2017. Turut hadir Pengarah?pengarah Institusi Negeri Johor.


""