Pada 13 Januari 2017, telah berlangsung Majlis Penyerahan & Penerimaan Tugas Pengarah Pusat Koreksional Kamunting, Perak. PKP Faisal bin Mohamed Noor, Pengarah Pusat Koreksional Kamunting menyerahkan tugas sebagai Pengarah Institusi kepada Timbalan Pengarah Institusi PP Wan Hasnoul Zairie bin Wan Husin disaksikan oleh TKPj Tan Tian Heng Pengarah Institusi Penjara Negeri Perak. Turut menghadiri majlis, Pengarah Penjara Tapah dan Pengarah Penjara Taiping. Anggota kawad Kawalan Suku memberikan penghormatan terakhir kepada PKP Faisal bin Mohamed Noor mantan Pengarah PKK serta kepada PP Wan Hasnoul Zairie bin Wan Husin sebagai Pengarah PKK yang baru. Majlis dijalankan dalam cuaca yang baik dengan izin Allah s.w.t.
""