Pada 16 Januari 2017 (Isnin), Unit Latihan Sekolah Henry Gurney Telok Mas Melaka telah mengadakan Majlis Tamat Latihan Kursus Pra Asas Pegawai Penjara KA 19 bertempat di Mini Stadium SHG Telok Mas. Seramai 19 Pegawai Penjara telah berjaya menamatkan kursus ini dengan jayanya. Majlis ini telah disempurnakan oleh PP Hairol Hisham Bin Mohd Harith, Timbalan Pengarah SHG Telok Mas.
Majlis dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku, Melaka Maju Jaya, Bakti Setia serta perbarisan berjalan lalu, lintas hormat hormat dalam formasi perlahan dan cepat jalan dengan diiringi Pasukan Pancaragam Sekolah Henry Gurney seterusnya penyampaian sijil kepada pelatih-pelatih terbaik dan majlis diakhiri dengan persembahan SENTAP.
"" Majlis dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku, Melaka Maju Jaya, Bakti Setia serta perbarisan berjalan lalu, lintas hormat hormat dalam formasi perlahan dan cepat jalan dengan diiringi Pasukan Pancaragam Sekolah Henry Gurney seterusnya penyampaian sijil kepada pelatih-pelatih terbaik dan majlis diakhiri dengan persembahan SENTAP.