| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Kerja Dari Prison Administation Bureau,Ministry Of Justice, China

Pada 16 Januari 2017 (Isnin), Jabatan Penjara Malaysia telah menerima kunjungan seramai 6 orang pegawai kanan dari Prison Administation Bureau,Ministry of Justice, China. Lawatan kerja ini diketuai oleh Mr Wang Wen Hai, Director General Ministry of Justice, Henan Province.  Ketibaan delegasi telah disambut oleh YBhg. Komisioner Jeneral Penjara Dato? Sri Haji Zulkifli bin Omar dan Pengarah-Pengarah bahagian Ibu Pejabat Penjara. Delegasi telah diberi taklimat di Ibu Pejabat Penjara Malaysia dan seterusnya dibawa melawat ke Penjara Kajang dan Penjara Wanita Kajang.

Lawatan kerja ini bertujuan untuk melihat peranan dan fungsi Jabatan Penjara Malaysia serta berbincang, bertukar-tukar pandangan dan berkongsi pengalaman di dalam bidang kepenjaraan antara Malaysia dan China.


""