Pada 19 Januari 2017, TKP Ajidin bin Hj. Salleh, Pengarah Penjara Negeri Sarawak telah mengadakan lawatan kerja dan Sesi Dialog Bersama Kakitangan Di Penjara Pusat Miri sempena dengan Mesyuarat Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) Tahun 2016 bagi Penjara Pusat Miri, Penjara Limbang dan juga Pusat Koreksional Bintulu. Sesi Dialog telah dihadiri oleh (70) orang pegawai dan kakitangan Penjara Pusat Miri bertempat di Dewan Aktiviti Pejabat Pemulihan dan Rawatan, Penjara Pusat Miri. Semasa sesi dialog juga telah diadakan penyampaian saguhati POA Relief Fund kepada Kpl Peter anak Minggau dan penyampaian hadiah EKSA hasil audit yang telah dijalankan oleh pihak Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sarawak.
""