Bertempat di Masjid Al-Muhajirin Penjara Sungai Udang, Melaka pada 13.01.2017 (Jumaat) telah diadakan Majlis Pertandingan Tilawah Al-Quran Peringkat Parlimen Tangga Batu, Sungai Udang, Melaka yang telah dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) bersama Dun Parlimen Sungai Udang dan Masjid Al-Muhajirin Penjara Sungai Udang, Melaka. Majlis perasmian tersebut telah disempurnakan oleh YAB Datuk Seri IR. Haji Idris bin Haji Haron Ketua Menteri Melaka dan Exco-exco Kerajaan Negeri Melaka. Turut hadir pada majlis tersebut TKP Abdul Aziz bin Mohamad Pengarah Penjara Negeri Melaka dan PKK Wan Umar di Wan Abdullah Timbalan Pengarah Penjara Sungai Udang, Melaka yang mewakili TKP Datuk Nor Afifi bin Sulong Pengarah Penjara Sungai Udang. Seramai 17 Qari dan 14 Qariah dari seluruh Parlimen Tangga Batu dan masing-masing telah memperdengarkan surah ayat-ayat suci dari kitab Al-Quran.
""