Pada 13.01.2017 (Jumaat) Institusi Penjara Sungai Udang, Melaka telah menerima Rombongan dari Pegawai Mahkamah Syariah Negeri Melaka. Rombongan tersebut yang diketuai oleh Y.A.A. Datuk Hj. Mohd Radzi bin Hj. Abd. Latif Ketua Hakim Syarie Negeri Melaka telah disambut oleh PKK Wan Umar bin Wan Abdullah Timbalan Pengarah Penjara Sungai Udang yang mewakili TKP Datuk Nor Afifi bin Sulong. Turut sama dalam lawatan tersebut adalah YB. Datuk Latipah binti Omar Exco Wanita, Pembangunan Keluarga Dan Hal Ehwal Negeri Melaka, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Melaka, Pengarah Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Negeri Melaka dan Pengarah Pembanguna Wanita Negeri Melaka. Rombongan tersebut telah dibaeri taklimat kepenjaraan oleh TPP Mahadi bin Mustafa sebelum dibawa melawat ke penempatan banduan serta bengkel perusahaan banduan wanita.
""