Pada 19 Januari 2017 (Khamis), Unit Latihan Sekolah Henry Gurney telah mengadakan Bengkel Penyediaan Dan Implikasi Semburan (Foggy) bertempat di Kelab Sukan SHG Telok Mas. Bengkel yang disertai seramai 25 kakitangan dikendalikan oleh Dr Ayuwati Bte Mohd Ali, Pegawai Perubatan Klinik SHG Telok Mas dan dibantu oleh En Adnan Mohd Nor dan En Jamian Jamuri dari Pejabat Kesihatan Melaka Tengah. Kursus ini menekankan bahaya wabak penyakit yang dibawa oleh nyamuk disamping didedahkan dengan latihan amali pengunaan Mesin Fogging dan kadar bancuhan yang diperlukan untuk kerja semburan.
""