24 Januari 2017 (Selasa): Sesi taklimat berkaitan Insurans CUEPACS MediCare dan CUEPACS PA telah diadakan di Penjara Pra Bebas, Dusun Dato? Murad. Sesi taklimat berkenaan diadakan setelah selesai sesi Dialog Bulanan Bersama Pengarah Penjara Dusun Dato? Murad, PKP Nor Haizan Bin Md Isa. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Encik Masrizan Bin Masri selaku wakil daripada CUEPACS Medicare Assistance. Melalui taklimat tersebut, ianya dapat memberikan kefahaman dan seterusnya menggalakkan kakitangan untuk mengambil plan insurans dengan caruman yang rendah tetapi menawarkan banyak manfaat kepada diri serta keluarga.
""