Pada tarikh 30-01-2017 Jawatankuasa Program Jalinan Kasih Penjara Kajang telah mengadakan Program Jalinan Kasih Sempena Tahun Baru Cina. Program ini telah dirasmikan oleh TKP Dato? Narander Singh Pengarah Penjara Kajang. Program ini melibatkan seramai 41 orang banduan, serta 158 orang ahli keluarga yang hadir bagi memeriahkan lagi program tersebut. Program ini diadakan bagi mengeratkan lagi hubungan antara penghuni dengan ahli keluarga serta merasai kemeriahan Sambutan Tahun Baru Cina. Majlis berakhir pada jam 11.00 pagi.
""