Pada 09 Januari 2017 (Isnin) Jawatankuasa Pemulihan Penjara Kajang telah mengadakan Pertandingan Kawad Kaki Empat Penjuru Peringkat Penghuni Penjara Kajang bertempat di Padang Kawad RPD. Program ini telah dirasmikan oleh PP Zakaria Bin Mat Jusoh selaku Ketua Bahagian Pemulihan Penjara Kajang. Pertandingan ini disertai oleh 132 orang penghuni dimana terbahagi kepada 4 platun yang mewakili blok Kekal, Fajar, Rawatan Dan Pemulihan Dadah (RPD) dan Sekolah Integriti Kajang (SIK) manakala seramai 346 orang penghuni yang lain menjadi penyokong kepada pasukan yang bertanding. Program ini diadakan bagi mengeratkan lagi hubungan sesama penghuni serta dapat meningkatkan lagi tahap disiplin. Selain itu, kepatuhan platun kepada ketua memberikan implikasi positif sekali gus mempamerkan contoh taat setia kepada kepimpinan.
""