Pada 1 Februari 2017, Pusat Koreksional Bintulu telah mengadakan Majlis Jalinan Kasih Bersempena Perayaan Krismas dan Tahun Baru Cina bagi tahun 2017 yang bertempat di Unit Jumpa Pusat Koreksional Bintulu. Majlis dimulakan dengan ucapan Pengarah Pusat Koreksional Bintulu, PKP Rahmat Bin Abdul Rani, disusuli ucapan wakil daripada penghuni, jamuan makan, dan akhir sekali sesi beramah mesra. Majlis ini telah melibatkan seramai 13 pegawai dan anggota pelbagai pangkat, 52 orang ahli keluarga penghuni dan 11 orang penghuni. Majlis dimulakan pada jam 9.00 pagi dan tamat pada jam 10.00 pagi.
""