7 Februari 2017 - Penjara Pengkalan Chepa Kelantan telah mengadakan Perhimpunan Bulanan bagi bulan Februari bertempat di Dataran blok Wanita yang telah di sempurna kan oleh Yang Berusaha PKK Kamarul Alam bin Taib Pengarah Penjara Pengkalan Chepa Kelantan,turut hadir bersama PP Ahmad Supian bin Ahmad Tim.Pengarah serta Timbalan-Timbalan Penguasa.Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu negaraku dan bakti setia serta Bacaan Ikrar yang di pimpin oleh PPP Mohd Izanee bin Abdullah serta pemeriksaan baris seterusnya majlis pemakaian pangkat kepada KIP Basri bin Ismail yang telah dinaikan pangkat ke gred KA -38 dan 2 pegawai yang dinaikan pangkat SM Zulani bin Mohamed serta SM Siti Marian binti Mat dinaikan pangkat ke gred KA-26 dan Koperal Penjara Mohd Zulaimi bin Hamat dinaikan pangkat ke gred KA-22 TBBK.Antara intipati ucapan yang disampaikan oleh Y.Berusaha Pengarah adalah mengenai Key Performance Indeks (KPI) Jabatan Penjara Malaysia.Beliau menegaskan kepada Pegawai dan anggota supaya sasaran KPI jabatan dapat dicapai sepenuhnya dan sentiasa menjaga keselamatan semasa menjalankan tugas diluar atau di dalam tembok penjara.Majlis diakhiri dengan jamuan ringan.
""