Pada 6 Februari 2017 (Isnin) PKP Ranjit Singh A/L Gurdev Singh meluangkan masa untuk melawat kakitangan Pusat Koreksional Kamunting yang sakit dan masih berehat di rumah kediaman masing-masing di sekitar bandar kamunting.Turut mengiring sesi lawatan itu bersama Tn Pengarah ialah Pegawai Atur Tugas IP Ahmad Shaiful Bin Rafie dan SM Aramugam A/L Palasuppraman. Di kesempatan sesi lawatan itu juga Tn Pengarah bertanyakan khabar berita dan menghulurkan sumbangan berupa hamper kepada kakitangan tersebut.
""