Pada 07 Februari 2017, jam 08.45 pagi bertempat di Kompleks Penjara Sungai Udang Melaka telah diadakan ?Program Mesej Dari Penjara? anjuran Pejabat Pengarah Penjara Negeri Melaka bersama Jabatan Ketua Menteri Melaka bertempat di Penjara Sungai Udang Melaka.
Seramai 50 peserta daripada Jabatan Ketua Menteri Melaka telah hadir di program tersebut. Program tersebut disempurnakan oleh PKK Wan Umar bin Wan Abdullah, Timbalan Pengarah Penjara Sungai Udang mewakili Pengarah Penjara Negeri Melaka dan tetamu jemputan ialah Puan Noraini binti Tawel , Setiausaha Bahagian, Bahagian Sumber Manusia Jabatan Ketua Menteri Melaka.
Aturcara dimulakan dengan kata-kata aluan PKK Wan Umar bin Wan Abdullah. Antara pengisian program tersebut adalah taklimat berkaitan pengurusan penjara oleh TPP Mahadi bin Mustafar, perkongsian sebenar Orang di Parol dan lawatan ke bengkel-bengkel serta penempatan banduan.
Program tersebut bertujuan untuk memberi pendedahan kepada kakitangan Jabatan Ketua Menteri Melaka berkaitan pengurusan penjara dan melihat program pemulihan yang dijalankan oleh jabatan penjara. Program ini juga dapat memberi kesedaran kepada penjawat awam agar menjalankan tugas dengan telus dan amanah. Program berakhir lebih kurang jam 1.00 tengahari.
"" Seramai 50 peserta daripada Jabatan Ketua Menteri Melaka telah hadir di program tersebut. Program tersebut disempurnakan oleh PKK Wan Umar bin Wan Abdullah, Timbalan Pengarah Penjara Sungai Udang mewakili Pengarah Penjara Negeri Melaka dan tetamu jemputan ialah Puan Noraini binti Tawel , Setiausaha Bahagian, Bahagian Sumber Manusia Jabatan Ketua Menteri Melaka.