Pada 2 Februari 2017 (Khamis), Penjara Tapah, Perak telah menganjurkan Program Jalinan Kasih sempena Tahun Baru Cina 2017. Pada majlis tersebut seramai 11 penghuni yang terpilih iaitu 8 penghuni lelaki dan 3 penghuni wanita untuk dipertemukan bersama keluarga secara bersemuka. Majlis tersebut di rasmikan oleh PP Abdul Rahman bin Hasan. Pada majlis tersebut penghuni wanita turut membuat persembahan tarian kipas dan deklamasi sajak.
""