Pada 08 Februari 2017 (Rabu), Unit Pemulihan dan Rawatan Penjara Pusat Kota Kinabalu telah mengadakan program pemulihan khususnya bagi pesalah dadah yang dikendalikan oleh PP Ahmad Mustaqim bin Che Bisi dari Bahagian Kepenjaraan, Antidadah dan RELA, Kementerian Dalam Negeri. Seramai 113 orang penghuni terlibat dalam program ini. Antara matlamat utama program ini adalah bertujuan sebagai satu terapi kerohanian bersandarkan kepada sumber al-Quran dan Sunnah. Penghuni juga turut diberi bimbingan mengenai praktikal terapi dalam solat dan doa? bagi membina jatidiri agar tidak mengulangi penagihan dadah.
""