Pada 14 Februari 2017 (Selasa), Unit Pemulihan dan Rawatan Penjara Pusat Kota Kinabalu telah mengadakan Program Jalinan Kasih Sempena Tahun Baru Cina. Program ini telah dirasmikan oleh PKK Rosman bin Norman, Pengarah Penjara Pusat Kota Kinabalu bersama dengan PP Kalbin Hj. Mohd Said, Timbalan Pengarah Penjara Pusat Kota Kinabalu. Program melibatkan seramai 05 orang banduan beserta 15 orang ahli keluarga yang hadir bagi memeriahkan lagi program tersebut. Program ini diadakan bagi mengeratkan lagi hubungan antara penghuni dengan ahli keluarga serta merasai kemeriahan Sambutan Tahun Baru Cina. Majlis berakhir pada jam 10.30 pagi.
""