15 Februari 2017, bertempat di Dataran Zon 1 Institusi Penjara Sungai Petani, Kedah telah diadakan Sambutan Tahun Baru Cina Peringkat Penghuni Penjara Sungai Petani. Sambutan tersebut telah dijayakan dengan kerjasama Syarikat Lypo Metal Sdn. Bhd. Sambutan ini juga turut diserikan dengan persembahan teater dan nyanyian daripada penghuni, artis jemputan serta lain-lain persembahan daripada penghuni.Turut hadir pada majlis sambutan ini ialah PKK Mat Johir b. Asin @ Hashim, Timbalan Pengarah Penjara Negeri Kedah, PKP Ong Chiang a/l Ong Boon Yeiu, Pengarah Penjara Sungai Petani, Encik Wong Chee Chai Pengarah Urusan Lypo Metal Sdn. Bhd., Encik Mazlan b. Ahmad, Timbalan Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Kedah, Pengarah-pengarah Institusi Penjara Negeri Kedah, Pengerusi dan Ahli Lembaga Hakim Pelawat Negeri Kedah, Pengerusi PENAWAR Negeri Kedah, Kakitangan serta Penghuni Penjara Sungai Petani.
""