| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Mesyuarat Jawatankuasa Lembaga Hakim Pelawat Penjara

Pada 13 Februari 2017, jam 2.30 petang  bertempat  di penjara Dusun Dato? Murad Melaka telah berlangsung Mesyuarat Jawatankuasa Lembaga Hakim Pelawat Penjara yang dipengerusikan Exco Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Kebajikan negeri, Datuk Latifah Omar. Seramai 16 ahli lembaga hadir untuk taklimat pengurusan hakim pelawat.

Mesyuarat dimulakan dengan ucapan aluan oleh TKP Abdul Aziz bin Mohamad, Pengarah Penjara Negeri Melaka, Pelantikan Pengerusi dan Jawatankuasa Ahli Lembaga Hakim Pelawat dan Taklimat Pengurusan Hakim Pelawat serta pengenalan institusi Penjara Negeri Melaka.

Mesyuarat tersebut mensasarkan bekas banduan di negeri ini yang tidak mendapat peluang pekerjaan setelah kembali ke pangkuan keluarga agar mereka dapat berdikari. Mereka keluar dengan persediaan lengkap termasuk dengan kemahiran serta mempunyai  Sijil Kemahiran Malaysia (SKM). Sokongan masyarakat secara menyeluruh adalah perlu kerana tak mahu isu pengulangan semula ke penjara berlaku sebab ada yang sudah 18 kali keluar masuk pun masih sama puncanya tiada sokongan.


""