Pada 16 Februari 2017 (khamis) bertempat di Dewan Serbaguna PPP Kem Mahkota Kluang Johor telah diadakan Program Sambutan Tahun Baru Cina Orang Diselia (ODS). Seramai 17 ODS berbangsa cina telah menyertai program ini. Turut hadir dalam program tersebut adalah PP Abd Jalil bin Abd Majid, Ketua Bahagian Parol dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Johor, PPP Ibarahim bin Jaafar, Komandan PPP Kem Mahkota Kluang, Johor dan Major Al Bakri bin Habib, Ketua Pembantu Wadar, PPP Kem Mahkota Kluang, Johor. Program ini diadakan bertujuan untuk meraikan ODS berbangsa cina serta salah satu aktiviti tahunan di PPP Kem Mahkota Kluang.
""