Pada 8 Februari 2017, Pusat Koreksional Bintulu telah mengadakan Perhimpunan Bulanan bagi bulan Februari bertempat di Parkir Pejabat Pentadbiran bermula jam 6.45 pagi. Perhimpunan ini telah dihadiri oleh 18 orang Pegawai Kanan, 45 orang anggota pelbagai pangkat, dan 8 orang kakitangan awam. Majlis dimulakan dengan pemeriksaan barisan oleh Pengarah Pusat Koreksional Bintulu, PKP Rahmat Bin Abdul Rani diikuti nyanyian lagu Negaraku, Ibu Pertiwiku, Bakti Setia, bacaan doa dan bacaan ikrar jabatan yang diketuai oleh TPP Celestine Jubang Anak Paul. Aturcara majlis diteruskan dengan Anugerah Tokoh Bulanan bagi bulan Januari 2017. Anugerah ini diberikan kepada anggota berpangkat Koperal dan ke bawah yang telah menunjukkan prestasi kerja yang cemerlang sepanjang bulan tersebut. Anugerah Tokoh Bulanan bagi bulan Januari 2017 telah dianugerahkan kepada Koperal Joseph Tubu sigar dari Unit Kawalan dan Pencegahan (UKP) yang telah disampaikan oleh Pengarah Pusat Koreksional Bintulu, PKP Rahmat Bin Abdul Rani. Majlis tamat pada jam 7.45 pagi.
""