11 Februari 2017 (Sabtu) : Majlis Jalinan Kasih Sempena Tahun Baru Cina Peringkat Penghuni Penjara Pra Bebas, Dusun Dato? Murad telah diadakan dengan jayanya bertempat di Dataran Pejabat Rekod. Program tersebut telah di sempurnakan oleh PKP Nor Haizan Bin Md Isa dan turut dihadiri oleh Guru Agama Buddha serta wakil pihak media. Seramai 7 orang penghuni dan 25 orang ahli keluarga terlibat pada program ini. Majlis dimulakan dengan pendaftaran dan taklimat keselamatan kepada keluarga, gimik persembahan tarian singa, ucapan Pengarah dan wakil penghuni. Turut diadakan penyerahan Sijil Penghargaan kepada Guru Agama Buddha, gimik Yee Sang dan persembahan oleh penghuni. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar.
""