Pada 20 Februari 2017, Unit Program Pembangunan Insan Penjara Kajang bersama Persatuan Masyarakat Prihatin Zi Zai Yuan Di telah bekerjasama mengadakan Majlis Sambutan Tahun Baru Cina 2017 Peringkat Penghuni Penjara Kajang. Program tersebut melibatkan seramai 566 penghuni berbilang kaum. Majlis ini telah dirasmikan oleh TKP Dato? Narander Singh, Pengarah Penjara Kajang dan diserikan lagi dengan kehadiran Y.M. Tengku Dato Hishammudin Zaizi Bin Y.A.M Tengku Azam Shah Alhaj. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Dato Seri Eng Boo Ping wakil daripada Persatuan Masyarakat Prihatin Zi Zai Yuan Di, Pegawai Kanan Penjara Kajang, Sukarelawan Persatuan Masyarakat Prihatin Zi Zai Yuan Di, Penceramah agama Buddha. Turut diadakan persembahan tarian singa, persembahan tukar topeng tradisi Cina, nyanyian lagu dan juga persembahan khas daripada penghuni.
""