| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Dari Pegawai Majlis Bandaraya Malaka Bersejarah (MBMB) Ke Institusi Penjara Sungai Udang, Melaka

Pada 13.02.2017 (Isnin) Institusi Penjara Sungai Udang, Melaka telah menerima Rombongan seramai 18 pegawai dari Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dan rombongan tersebut telah disambut oleh KIP Raja Mohd Basri bin Raja Husin, Ketua Unit Vokasional dan Industri Penjara Sungai Udang, Melaka. Tujuan Lawatan tersebut adalah untuk melihat projek kitar semula yang telah diusahakan oleh Penjara Sungai Udang dengan kerjasama Majlis Hang Tuah Jaya, Melaka. Projek kitar semula yang diperkenalkan adalah menggunakan kembali kain banting atau banner yang tidak terpakai untuk dijadikan barang cenderahati seperti bag, bekas air, bekas pencil dan sebagainya. Usaha ini juga  adalah menyahut seruan Kerajaan Negeri Melaka bagi memastikan Negeri Melaka ke arah bumi hijau dan keadaan bersih.


""