Bertempat di Dataran Klinik Dalam Penjara Sungai Udang, Melaka pada 09.02.2017 (Khamis) telah diadakan Program Jalinan Kasih Sambutan Tahun Baru Cina Peringkat Institusi Penjara Sungai Udang, Melaka. Program tersebut telah dirasmikan oleh PKK Wan Umar bin Wan Abdullah Timbalan Pengarah yang mewakili TKP Datuk Nor Afifi bin Sulong Pengarah Penjara Sungai Udang. Seramai 20 keluarga banduan berketurunan Cina yang terdiri daripada 15 banduan lelaki dan 5 banduan wanita telah terpilih untuk menghadiri program tersebut dan dapat bertemu secara bersemuka bersama banduan. Majlis tersebut diserikan lagi dengan acara yee sang dan persembahan nyanyian oleh banduan.
""