Pada 19 Februari 2017, Muzium Penjara Malaysia, Melaka telah mengadakan Majlis Perasmian Pameran Alatan Belenggu dan Pocket Show (Suara Hati Banduan Akhir) yang disempurnakan oleh YB. Datuk Hj. Ghazali bin Muhamad Timbalan EXCO Pelancongan, Pantai, Sungai dan Pulau-Pulau Negeri Melaka. Turut hadir, TKP Abdul Aziz bin Mohamad Pengarah Penjara Negeri Melaka, En. Jeffri bin Munir Pengarah Kementerian Pelancongan Negeri Melaka, Tuan Haji Abu Bakar bin Sahari Pengarah Pendidikan Negeri Melaka yang diiringi oleh Pengarah Muzium Penjara Malaysia Melaka PP Noratimah binti Abu Bakar. Agensi lain, dari PERZIM, Pengurus Hotel-hotel Melaka, Persatuan Sahabat Muzium Melaka, MAPIM, Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka, Muzium Polis DiRaja Malaysia, wakil-wakil Japerun Jasin, Alor Gajah dan Melaka Tengah selain pengetua-pengetua sekolah yang berdekatan. Majlis ini diserikan lagi dengan pementasan Prison Stompher dari Kumpulan Kesenian dan Kebudayaan Jabatan Penjara Malaysia selain lakonan semula Suara Hati Banduan dalam sel penjara.
""