Unit Pemulihan & Rawatan Pusat Koreksional Jasin, Melaka telah mengadakan Program Ramah Mesra Tahun Baru Cina 2017 Pusat Koreksional Jasin Bersama Persatuan Budidaya, Penyayang dan Kesyukuran Malaysia pada 11 Januari 2017 (Sabtu) bertempat di Blok Damai.
Turut hadir bersama memeriahkan program tersebut adalah PP Mohd Rothman Bin Bujang, Timbalan Pengarah Pusat Koreksional Jasin, PP Saifullah Bin Md Akhir Ketua Bahagian Keselamatan Dan Inteligen Pusat Koreksional Jasin, TPP Aswari bin Che Ibrahim, En. Teh Ah Mee wakil dari Persatuan Budidaya, Penyayang dan Kesyukuran Malaysia Cawangan Kuala Lumpur serta anggota dan penghuni Pusat Koreksional Jasin, Melaka.
Dalam program tersebut, Persatuan Budidaya, Penyayang dan Kesyukuran Malaysia telah sudi memberi sumbangan makanan dan buah limau untuk semua penghuni Pusat Koreksional Jasin, Melaka. Program ini juga turut dimeriahkan dengan beberapa persembahan dari penghuni seperti nyanyian karaoke, nyanyian akustik, sajak dan tarian ?shuffle?.
Objektif penganjuran program bertujuan untuk memberi peluang kepada penghuni merasai kemeriahan sambutan Tahun Baru Cina, selain mewujudkan hubungan baik di antara Jabatan Penjara Malaysia dengan agensi dan masyarakat luar.
"" Turut hadir bersama memeriahkan program tersebut adalah PP Mohd Rothman Bin Bujang, Timbalan Pengarah Pusat Koreksional Jasin, PP Saifullah Bin Md Akhir Ketua Bahagian Keselamatan Dan Inteligen Pusat Koreksional Jasin, TPP Aswari bin Che Ibrahim, En. Teh Ah Mee wakil dari Persatuan Budidaya, Penyayang dan Kesyukuran Malaysia Cawangan Kuala Lumpur serta anggota dan penghuni Pusat Koreksional Jasin, Melaka.