Pada 9 Februari 2017 (Khamis), Pusat Koreksional Jasin dengan kerjasama Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) telah menganjurkan Program Permata Hati Siri 2 Peringkat Kakitangan dan Penghuni di Blok Damai, Pusat Koreksional Jasin. Program ini dikendalikan oleh Ketua Unit Pengurusan Psikologi, Seksyen Pemulihan dan Rawatan, En Muhammad Shaharuddin Bin Nuji. Program ini juga turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran PKP Arzaee Bin Abdullah, Pengarah Pusat Koreksional Jasin. Pengisian program ini telah diisi dengan slot ceramah oleh Pegawai Penerangan LPPKN Negeri Melaka iaitu En. Mohd Zakri Bin Rihan, aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LDK) serta perbincangan kumpulan antara penghuni. Matlamat program ini adalah untuk membantu penghuni mengadaptasikan diri dalam menguruskan masa dan program ini merupakan satu usaha meningkatkan ilmu pengetahuan penghuni serta pemahaman terhadap pandangan mengenai keadaan sekeliling mereka, ia bertepatan dengan tema program ini iaitu ?Take Charge Of Your Destiny?. Program ini diakhiri dengan majlis penyampaian cenderahati kepada penceramah jemputan.
""