Pada 21 Februari 2017 (Selasa), telah diadakan aktiviti gotong-royong di kawasan sekitar Penjara Tapah, Perak melibatkan seramai 43 orang pegawai dan kakitangan. Aktiviti gotong-royong ini dimulakan seawal jam 8.00 pagi dan tertumpu di kawasan yang menjadi tumpuan kanak-kanak iaitu di sekitar taman permainan kanak-kanak di Dewan Dato? Yassin, kawasan sekitar Tabika Kemas dan di sekitar Sekolah Rendah Agama Rakyat Al-Insaniah.
Aktiviti ini bertujuan untuk memastikan kebersihan dan keceriaan kawasan yang didiami oleh kakitangan disamping dapat mengeratkan lagi hubungan diantara kakitangan. Aktiviti berakhir pada jam 1.00 tengahari dan sedikit jamuan makan tengahari turut disediakan kepada semua kakitangan yang terlibat.
"" Aktiviti ini bertujuan untuk memastikan kebersihan dan keceriaan kawasan yang didiami oleh kakitangan disamping dapat mengeratkan lagi hubungan diantara kakitangan. Aktiviti berakhir pada jam 1.00 tengahari dan sedikit jamuan makan tengahari turut disediakan kepada semua kakitangan yang terlibat.