Pada 27 Februari 2017 (Isnin), Penjara Marang Terengganu telah dianugerahkan Sijil Pematuhan Kualiti MS1747-1:2007 Songket Malaysia (Kategori Poliester). Penganugerahan ini adalah sebagai pengiktirafan terhadap kualiti songket yang dihasilkan di Penjara Marang, Terengganu.
Penyampaian sijil pematuhan kualiti ini telah disampaikan oleh YBrs. En. Kamaruzaman bin Haji Idris, Pengarah Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu kepada PKK Mohamad bin Ismail, Pengarah Penjara Marang, Terengganu bertempat di Pejabat Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu.
Penganugerahan sijil pematuhan kualiti ini dianugerahkan kepada Penjara Marang, Terengganu setelah hasil daripada pengujian yang telah dilakukan di Makmal Pengujian Tenunan Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu mendapati sampel kain songket yang dihantar oleh pihak Penjara Marang telahpun lulus semua pengujian serta menepati standard MS1747 seperti prosedur yang ditetapkan.
"" Penyampaian sijil pematuhan kualiti ini telah disampaikan oleh YBrs. En. Kamaruzaman bin Haji Idris, Pengarah Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu kepada PKK Mohamad bin Ismail, Pengarah Penjara Marang, Terengganu bertempat di Pejabat Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu.