Lawatan Sambil Belajar ke Pusat Koreksional Bintulu, Sarawak. Seramai 29 orang Pegawai Kanan dan anggota pelbagai pangkat daripada Penjara Jerudong terlibat dalam lawatan ini yang diketuai oleh Yang Mulia, Penguasa Penjara, Tuan Awang Aliakbar Bin Haji Ludin, Pegawai Memerintah Penjara Jerudong, Negara Brunei Darussalam. Program dimulakan dengan sesi taklimat, diikuti dengan lawatan ke dalam kawasan dalam penjara, disusuli dengan sesi bergambar, penyampaian cenderahati, dan akhir sekali makan tengah hari. Program dimulakan pada jam 8.00 pagi dan tamat pada jam 11.30 pagi.
""