22 November 2017 (Rabu) : Penjara Dusun Dato? Murad telah mengadakan Perhimpunan Bulanan bagi bulan November 2017 yang telah disempurnakan oleh PKP Zamzuri Bin Ghani selaku Pengarah Penjara Dusun Dato? Murad. Antara pengisian majlis ialah nyanyian lagu Negaraku & Bakti Setia, pemeriksaan barisan, bacaan doa dan ikrar jabatan. Turut diadakan sempena Perhimpunan Bulanan tersebut ialah Ikrar Bebas Rasuah dan pemakaian pangkat Koperal (hakiki) kepada seramai 09 anggota. Seterusnya penyampaian sijil dan trofi kepada Kumpulan KIK Walid yang telah menjadi johan dalam Konvensyen Team Excellence Kebangsaan 2017 kategori Sektor Awam (Persekutuan). Perhimpunan tersebut telah diakhiri dengan ucapan dan amanat oleh Pengarah Penjara Dusun Dato? Murad.
""