Pada 9 Disember 2017 (Sabtu ), Majlis Berkhatan Beramai-ramai Peringkat Kompleks Penjara Bentong telah diadakan. Majlis ini dianjurkan oleh Masjid Kompleks Penjara Bentong dengan kerjasama PERSIAP Penjara Bentong untuk anak-anak kakitangan serta dibuka kepada masyarakat setempat. Seramai 14 orang peserta terlibat dalam majlis ini. Peserta telah diarak dengan paluan kompang Penjara Bentong, seterusnya acara menyuap pukut kuning kepada peserta yang terlibat oleh ibu-bapa peserta dengan disaksikan oleh YH TKP Dato? Muhammad Zuki bin Muhammad Zain, Pengarah Penjara Bentong. YH TKP Dato? Muhammad Zuki bin Muhammad Zain kemudiannya telah sudi untuk memulakan acara siraman kepada peserta dengan kerjasama Bomba Dan Penyelamat Karak. Turut hadir PP Azhari bin Zaman, Pengerusi PERSIAP Penjara Bentong Datin Syarina Shafiin dan pegawai-pegawai kanan Penjara Bentong.
""