17hb. Disember 2017(ahad) ? Menyedari betapa pentingnya menjaga kesempurnaan dalam ibadah solat, Unit Agama Penjara Marang Terengganu dengan kerjasama PERSIAP Cawangan Penjara Marang meneruskan program pengimarahan Surau Muhammadiah, Penjara Marang dengan mengadakan Program ?Kem Tahsin Solat (ProTas 2017)? kepada seluruh anak-anak warga kakitangan Penjara Marang Terengganu. Program selama satu hari ini bermula jam 08.30pagi dan berakhir jam 09.00malam, susunatur program dimulai dengan pendaftaran peserta, pengisian slot solat sunat Dhuha berjemaah, serta pembahagian kumpulan. Pelbagai pengisian program dianjurkan antaranya, slot thoharoh dan praktikal wuduk, rukun dan paktikal solat yang dipimpin oleh ustaz dan ustazah yang arif lagi berpengalaman dalam ibadah solat. Melalui program ini para peserta dapat menguasai wuduk dan solat secara menyeluruh dari segi teori dan juga praktikal. Seramai 12 fasilitator dan 83 orang peserta hadir dalam ?Kem Tahsin Solat (ProTas 2017)?. Mengakhiri program pada kali ini adalah ucapan penghargaan oleh Pengarah Penjara Marang Terengganu, penyampaian hamper, sijil penyertaan kepada peserta serta sijil penghargaan kepada fasilitator diatas segala usaha murni, bakti dan komitment. Semoga dengan pengkongsian yang dicurahkan itu menjadi asbab dan titik terpenting oleh Allah S.W.T dalam pembentukkan generasi anak-anak warga kakitangan Penjara Marang Terengganu yang berakhlak mulia seterusnya menjadi umat Rasulullah S.A.W yang cemerlang dan gemilang dimasa hadapan.
""