Pada 15 Disember 2017 ( Jumaat ) Penjara Bentong, Pahang telah menerima lawatan daripada Delegasi Kementerian Kehakiman Romania. Lawatan tersebut telah disambut oleh YH TKP Dato? Muhammad Zuki bin Muhammad Zain, Pengarah Penjara Bentong dan diiringi oleh PP Azhari bin Zaman. Delegasi Kementarian Kehakiman Romania disertai oleh HE Prof. Dr. Tudorel Toader ( Menteri Kehakiman Romania ), HE Conf. Dr. Marieta Safta ( Setiausaha Negara di Kementerian Kehakiman Romania ) serta 2 orang pegawai Kedutaan Romania iaitu HE Constantin Nistor ( Duta Romania ke Malaysia ) dan Camelia n. Tudose ( Pegawai Kaunseling Kedutaan Romania ). Tujuan lawatan adalah untuk berjumpa dengan 1 orang banduan warganegara Romania yang berada di Penjara Bentong yang menjalani hukuman gantung ( Banduan Akhir ). Perjumpaan berlangsung kira-kira 40 minit yang turut diiringi oleh YH TKP Dato? Muhammad Zuki bin Muhammad Zain, Pengarah Penjara Bentong.
""