Bertempat di Bilik Kelas Dewan Serbaguna Penjara Sungai Udang, Melaka pada 18 dan 19.12.2017 telah diadakan Kursus ? Basic Life Support ? untuk kakitangan Peringkat institusi Penjara Sungai Udang. Kursus yang dibuat selama 2 hari telah dihadiri 30 kakitangan pelbagai pangkat bagi setiap sesi yang diadakan. Dalam kursus tersebut peserta telah diberi pendedahan cara-cara memberi bantuan awal pertolongan cemas, situasi kecemasan dan cara balutan kecederaan. Selain diberi pembelajaran teori, ujian praktikal juga telah diberikan kepada peserta yang terlibat.
""