Majlis Perhimpunan Bulanan bagi Bulan Disember 2017 Peringkat Penjara Negeri Melaka telah diadakan di Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka pada 11 Disember 2017 (Isnin). Pengisian Perhimpunan Bulanan dimulakan dengan bacaan Doa, Ikrar Jabatan, Penyampaian Anugerah, Majlis Pemakaian Pangkat Kopral (TBBK), Sarjan (TBBK), Sarjan Mejar Penjara dan diakhiri dengan ucapan dan amanat oleh TKP Abdul Aziz Bin Mohamad, Pengarah Penjara Negeri Melaka. Perhimpunan Bulanan ini telah dihadiri seramai 120 kakitangan Penjara Melaka dan Ketua- ketua Institusi Penjara Negeri Melaka. Majlis telah disempurnakan oleh Timbalan Komisioner Penjara Abdul Aziz Bin Mohamad, Pengarah Penjara Negeri Melaka.
""