Pada 1 Ogos 2017 (Selasa) telah berlangsung Majlis Pemakaian Pangkat Dan Pengesahan Jawatan Timbalan Penguasa Penjara, Inspektor Penjara, Sarjan Penjara Dan Koperal Penjara (TBBK) yang melibatkan seramai 34 pegawai dan anggota. Turut hadir adalah TKP Abd Kadir bin Rais, Pengarah Penjara Sungai Buloh serta pegawai kanan dan kakitangan awam. Dalam masa yang sama turut diadakan Majlis Kibar Jalur Gemilang Dan Penyerahan Bendera Malaysia kepada Ketua-Ketua Desa Kompleks Penjara Sungai Buloh. Majlis telah disempurnakan oleh TKP Hj Darussalam Bin Budin, Pengarah Penjara Negeri Selangor & Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
""