Pada 28 hingga 29 Julai 2017, Karnival Sukan Penjara Borneo bagi Tahun 2017 telah diadakan di Bandaraya Miri, Sarawak yang telah dikelolakan oleh Penjara Pusat Miri, Sarawak. Karnival Sukan Penjara Borneo Tahun 2017 ini telah disertai oleh institusi Penjara Zon Sarawak, Penjara Negeri Sabah dan juga jemputan dari Negara Brunei Darussalam yang melibatkan dua (2) sukan iaitu Kejohanan Bowling dan Kejohanan Golf Amal. Program ini telah dirasmikan oleh YBhg. KJP Dato? Sri Haji Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia.
Antara matlamat dan objektif karnival Sukan Borneo ini dijalankan adalah bagi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim serta memupuk persefahaman melalui aktiviti sukan diantara institusi Penjara Borneo dan Penjara Negara Brunei khususnya. Kejohanan Bowling telah diadakan pada 28 Julai 2017 bertempat di Megalanes East, Bintang Megamall Miri. Pasukan daripada Negeri Sabah telah berjaya menjadi johan keseluruhan bagi kejohanan bowling tersebut diikuti pasukan daripada Pejabat Pengarah Penjara Negeri Sarawak di tempat kedua dan pasukan daripada Negara Brunei Darussalam mendapat tempat ketiga.
Bagi Kejohanan Golf Amal pula telah diadakan pada 29 Julai 2017 bertempat di Kelab Golf Miri. Sekali lagi pasukan daripada Negeri Sabah mengungguli tempat pertama kejohanan Golf Amal dan tempat kedua dimenangi oleh pasukan daripada Pejabat Pengarah Penjara Negeri Sarawak dan tempat ketiga dimenangi oleh pasukan daripada Penjara Negara Brunei Darussalam. Johan keselurahan Karnival Sukan Penjara Borneo Tahun 2017 telah dirangkul oleh Penjara Negeri Sabah.
"" Antara matlamat dan objektif karnival Sukan Borneo ini dijalankan adalah bagi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim serta memupuk persefahaman melalui aktiviti sukan diantara institusi Penjara Borneo dan Penjara Negara Brunei khususnya. Kejohanan Bowling telah diadakan pada 28 Julai 2017 bertempat di Megalanes East, Bintang Megamall Miri. Pasukan daripada Negeri Sabah telah berjaya menjadi johan keseluruhan bagi kejohanan bowling tersebut diikuti pasukan daripada Pejabat Pengarah Penjara Negeri Sarawak di tempat kedua dan pasukan daripada Negara Brunei Darussalam mendapat tempat ketiga.