| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Jalinan Kasih Sempena Hari Gawai Dan Raya Peringkat Penghuni Penjara Limbang Sarawak

Pada 13 Julai 2017(Khamis), Penjara Limbang telah mengadakan Program Jalinan Kasih sempena Hari Gawai dan Raya Peringkat Penghuni bertempatkan Padang Sukan Penghuni. Majlis telah disempurnakan oleh Pengerusi Lembaga Hakim Pelawat Penjara Limbang Encik Lee Yiing Chiong dan turut dihadiri Wali Kota Majlis Daerah Limbang Encik Sufian bin Mohat, Wakil daripada Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) ASP Quin, PP Tzee Khee Shoon mewakili Pengarah Penjara Limbang, TPP Hasbullah bin Berahim,  jemputan daripada agensi kerajaan yang lain, Badan-badan bukan kerajaan(NGO), ketua-ketua masyarakat setempat, pegawai-pegawai kanan, Ahli Prison Fellowship dan kakitangan.    

Antara acara yang diadakan simbolik perasmian Gawai Raya, persembahan tarian tradisional(ngajat), lakonan kisah keinsafan, deklamasi sajak dan persembahan kugiran oleh penghuni,  Seramai 12 penghuni yang layak dipilh untuk mengikuti program jalinan kasih ini dan turut dihadiri seramai 70 orang ahli keluarga terdiri daripada ibu bapa dan anak penghuni.

Program ini bertujuan memberi ruang interkasi dan peluang kepada penghuni untuk berjumpa secara bersemuka dengan ahli keluarga disamping dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Selain itu, program ini dapat memberi kesedaran kepada masyarakat dan badan-badan bukan kerjaan(NGO) bahawa seorang penghuni yang telah selesai menjalani program pemulihan dan hukuman di dalam penjara harus diterima kembali dan dibantu oleh masyarakat untuk memulakan kehidupan yang baru sebagai orang berguna terutama kepada keluarga dan masyarakat.


""