Pada 5-6 Ogos 2017 Kelab Sukan dan Kakitangan SHG Telok Mas Melaka telah menganjurkan Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah bertempat di Mini Stadium SHG Telok Mas. Objektif program ini diadakan adalah untuk memupuk semangat kesukanan disamping merapatkan hubungan silaturahim. Kejohanan ini telah disertai oleh 28 pasukan yang bertanding. Pasukan Pulai FC telah menjadi Juara dalam kejohanan ini dan telah membawa pulang Piala Pusingan, Piala Iringan, Pingat dan Wang Tunai RM 1,000. Majlis Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh YB Datuk Roslan Bin Haji Ahmad, Ahli Dewan Undangan Kawasan Merlimau.
""