| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Minggu Anti Dadah Institusi Penjara Tawau 2017

Pada 2 hingga 3 Ogos 2017, Unit Pemulihan dan Pendidikan Penjara Tawau telah mengadakan Program Minggu Anti Dadah 2017 peringkat penghuni Penjara Tawau.  Seramai 90 orang banduan termasuk 20 banduan wanita yang terlibat yang terdiri daripada pesalah-pesalah kes dadah.  Matlamat program adalah untuk memberi kesedaran atau celik akal kepada penghuni bahawa penyalahgunaan dadah hanya memberi kesan buruk dan kebergantungan terhadap dadah dapat dirawat. Slot ceramah ?Kesan-kesan Dadah Terhadap Kesihatan? disampaikan oleh Dr. Khairul Ariffin bin Khairuddin (Pegawai Perubatan Institusi Penjara Tawau) dan slot ceramah ?Bahaya Dadah & Program Intervensi AADK? disampaikan oleh Pn. Afiah binti Amatzin (Ketua Unit Pemulihan dan Rawatan AADK Tawau).


""