| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Perhimpunan Bulanan Peringkat Institusi Penjara Tapah, Perak Bagi Bulan Ogos 2017

Pada 07 Ogos 2017 (Isnin) ? Institusi Penjara Tapah, Perak telah mengadakan Perhimpunan Bulanan bagi bulan Ogos 2017 bertempat di Dataran Kawad bermula pada jam 7.30 pagi. Kehadiran Pegawai Kanan adalah seramai (35) pegawai,      (108) anggota lain-lain pangkat dan (25) orang pegawai awam. Majlis diserikan lagi dengan pemakaian pangkat kepada (01) Ketua Inspektor Penjara,  (01) Inspektor Penjara dan (01) pengesahan jawatan kepada Inspektor Penjara yang disempurnakan oleh TKP Kamarudzaman Bin Hj Mamat, Pengarah Penjara Tapah dan diiringi oleh PKP Ahmad Rizal Bin Mohd Ghazali, Timbalan Pengarah Penjara Tapah, Perak.

Majlis diteruskan dengan ucapan oleh TKP Kamarudzaman Bin Hj Mamat, Pengarah Penjara Tapah, di mana didalam ucapannya beliau menekankan untuk menjadi kakitangan yang berkualiti haruslah mempunyai penampilan yang bagus dan kredibiliti dalam menjalankan tugas supaya ianya dapat meyakinkan pelanggan. Majlis perhimpunan diakhiri dengan bacaan doa. 


""