| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Kursus Pasukan Rujuk KOSPEN PLUS Pusat Koreksional Puncak Alam

Pada 7 Ogos 2017, Pusat Koreksional Puncak Alam dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Selangor telah menyertai Kursus Pasukan Rujuk Program KOSPEN PLUS. Seramai 18 Pegawai dan anggota menyertai kursus ini. Kursus ini memberi pendedahan dan kesedaran tentang kepentingan saringan awal mengesan penyakit tidak berjangkit (NCD) disamping kaedah pemakanan sihat serta teknik senaman yang betul. Ceramah disampaikan oleh Dr. Asrul Anuar b Zulkifli, Pegawai Perubatan NCD, Pn Norhidayah bt Zailani, Pegawai Sains Pemakanan, Pn Salasiah bt Asmuni Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran. Kursus diakhiri dengan penyampaian Sijil Lantikan Pasukan Rujuk KOSPEN PLUS oleh Dr. Ummi Azalin bt Abdul Sammad Penyelaras Program KPAS, PKD Kuala Selangor kepada para peserta.


""