8 Ogos 2017 (Selasa) : Bertempat di Dewan Kelab Sukan & Kebajikan Penjara Dusun Dato? Murad, telah berlangsungnya Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Penjara Negeri Melaka sempena Kejohanan Ping Pong Piala Komisioner Jeneral Penjara Kali Ke-5. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YB Senator Tan Sri Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam. Turut hadir pada majlis tersebut ialah PKP Zamzuri Bin Ghani, Pengarah Penjara Dusun Dato? Murad yang mewakili Pengarah Penjara Negeri Melaka. Aturcara majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Melaka Maju Jaya & Sehati Sejiwa, bacaan doa, ucapan oleh PKP Zamzuri Bin Ghani dan ucapan oleh YB Senator Tan Sri Haji Mohd Ali. Majlis diakhiri dengan penyerahan Jalur Gemilang dan bendera Negeri Melaka kepada ketua kontinjen.
""