Pada 06 Ogos 2017, seramai (20) orang pegawai dan kakitangan serta ahli PERSIAP Penjara Negeri Sembilan telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Penjara Pusat Miri. Lawatan ke Penjara Pusat Miri diadakan seawal jam 10.00 pagi, seterusnya lawatan oleh PERSIAP kepada Pengerusi PERSIAP Penjara Pusat Miri dan diakhiri dengan jamuan makan tengahari di Anjung Rahmat, Surau Darul Ibadah, Penjara Pusat Miri. Pada sebelah malam pula telah diadakan jamuan makan malam yang turut dihadiri oleh seramai (20) orang pegawai, kakitangan dan ahli PERSIAP Penjara Pusat Miri bertempat di Restoren Warikh Antarabangsa, Miri. Lawatan ini diadakan bagi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di kalangan anggota dalam Jabatan Penjara amnya.
""