| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Kospen Plus (Program Pengurusan Berat Badan) Anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia, Pejabat Kesihatan Daerah Seberang Perai Selatan Bersama Kompleks Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang

Pada 11 Ogos 2017 (Jumaat) jam 8.30 pagi bertempat di Dewan Sri Mutiara, Kompleks Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang telah diadakan Program Kospen Plus (Program Pengurusan Berat Badan) Anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia, Pejabat Kesihatan Daerah Seberang Perai Selatan Bersama Kompleks Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang. PKK Husin bin Hj. Johari, Pengarah Kompleks Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang di iringi TPP Dahlan bin Hashim turut hadir    di dalam program ini bersama-sama anggota dan kakitangan. Susun atur majlis dimulai dengan Pendaftaran dan Saringan Peratus Lemak, seterusnya acara senamrobik , ceramah dan praktikal senaman, ceramah pemakanan dan diakhiri dengan saringan minda sihat. Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk menyemai sikap menjadikan tempat kerja itu selamat dan sihat dari segi fizikal dan mental. Intervensi faktor risiko penyakit tidak berjangkit di tempat kerja seperti darah tinggi, obesiti, stress dan merokok. Program  tamat dengan jayanya sekitar jam 12.00 Tengahari.


""