| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Perhimpunan Bulanan Bagi Bulan Ogos 2017 Pusat Koreksional Bintulu

Pada 8 Ogos 2017, Pusat Koreksional Bintulu telah mengadakan Perhimpunan Bulanan bagi bulan Ogos 2017 bertempat di Parkir Pejabat Pentadbiran bermula jam 6.45 pagi. Perhimpunan ini telah dihadiri oleh 16 orang Pegawai Kanan, 47 orang anggota pelbagai pangkat, dan 8 orang kakitangan awam. Majlis dimulakan dengan pemeriksaan barisan oleh Pengarah Pusat Koreksional Bintulu, PKP Rahmat Bin Abdul Rani diikuti nyanyian lagu Negaraku, lagu Ibu Pertiwiku, lagu Bakti Setia, bacaan doa dan bacaan ikrar jabatan yang diketuai oleh TPP Celestine Jubang Anak Paul. Majlis diteruskan dengan pemakaian pangkat Koperal (TBBK) kepada dua orang anggota iaitu Koperal Zulkipli Bin Abdul Wahab dan Koperal Kelvin Elo Anak Nuber. Aturcara majlis diteruskan dengan penyampaian Anugerah Tokoh Bulanan bagi bulan Ogos 2017 yang telah dianugerahkan kepada Koperal Zulkipli Bin Abdul Wahab.

Susun atur majlis diteruskan dengan penyampaian sijil dan hadiah kepada pemenang bagi Program Pengiktirafan EKSA Pusat Koreksional Bintulu tahun 2017 mengikut kategori anugerah yang telah dipertandingkan iaitu:

1) Bilik Terbaik (Bilik KIP Noni Binti Uteng dari Zon Ruby)
2) Tandas Terbaik (Zon Ruby)
3) Ruang Kerja Terbaik (Zon Amethyst)
4) Hasil Kreativiti Terbaik (Zon Olivine)
5) Go Green Terbaik (Zon Aquamarine))
6) Zon Terbaik (Zon Aquamarine)

Majlis diteruskan lagi dengan penyerahan bendera Malaysia oleh Pengarah Pusat Koreksional Bintulu kepada enam orang Pegawai Kanan yang mewakili setiap unit sebagai simbolik sambutan bulan kemerdekaan Malaysia disusuli dengan nyanyian lagu tema Hari Kebangsaan Malaysia tahun 2017. Akhir sekali majlis telah menjemput dan mempersilakan PKP Rahmat Bin Abdul Rani, Pengarah Pusat Koreksional Bintulu untuk menyampaikan ucapan. Majlis tamat pada jam 7.45 pagi.


""